Jumaat, 19 Ogos 2011

Ramadhan dan Syawal..

Ramadhan ku Nantikan Ramadhan
Kemuliaan Ramadhan
Yang Turunnya Al-Quran
Bulanku... Ramadhan...

Ramadhan Pelepasan Seksaan
Ibadah Berpuasa Ujian Kesabaran
Ganjaran Ramadhan

Bulan Seribu Bulan
Hanyalah Sebulan
Siang Malam Keberkatan

Akhirnya Ramadhan, Syawal Pun Menjelang
Tasbih Tahmid Berkumandang

Bergema Takbir di Satu Syawal
Bergema Suatu Lambang
Kekuatan Amalan
Kemenangan... Kemenangan...

Yang Keruh Bersama Dijernihkan
Yang Jauh Didekatkan
Yang Hitam Diputihkan
Bersalam... Salaman...

Bermaaf Maafan
Jadikan Amalan
Tulus Ikhlas Berzaman
Syawal Menyaksikan
Amalan Ramadhan
Apa terus berkesan

Jangan lupa pada yang tiada
Di sisi kita
Manakan tahu esok lusa
Kita bersama..





Nyanyian: Ramli Sarip

Selasa, 16 Ogos 2011

Sila tunjuk jalan ^_6

A :     maaf cik! tumpang tanya, 
B :     silakan encik ;)
A :     kt mna alamat ni - 
Lorong CINTA,
Jalan SAYANG
Kampung RINDU, 
Daerah KASIH SAYANG,
Pekan HATI, 
Bandar I MISS YOU, 
Simpang I LOVE U?


B :           sng je.
cik jln terus ikut Jalan ILLAHI.
nanti nampak simpang 3 masuk sebelah kanan,
ikut Jalan NIKAH.
lepas tu sepanjang jalan tu cik akan nampak sebelah kanannya ada 
kedai-kedai BATAS-BATAS PERGAULAN  dan
sebelah kirinya ada pasar yg sibuk sikit,
namanya pasar PERSIAPKAN DIRI.
haa.. itu tandanya cik berada d jalan yg betul.
semoga selamat sampai di tempat yg ingin ditujui :)
 
 

seloka CPU

DELETE semua FILE kebencian

INSTALL anti-virus egonisme

RESTART kehidupanmu dgn kasih

REFRESH peribadimu

DOWNLOAD kesabaran

UPLOAD tingkahlaku yg benar

jgn meng-'UNDO pengalaman buruk

COPY & PASTE semua pengajaran & ilmu yg baik

LOADING semua dgn DOA & USAHA

Selasa, 26 Julai 2011

~KELEBIHAN RAMADHAN~

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan.Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- 

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi- 

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

PENERANGAN HADIS 

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah. 


2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya. 


3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai. 


4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat. 


5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat. 


6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924. 


7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak. 


8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja. 
 

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi. 


10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.


11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.



Biografi
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Selasa, 5 Julai 2011

kau yang bernama.......




Apabila kita ingin berteman,
janganlah kerana kelebihannya,
kerana mungkin satu kelemahan, 
kau mungkin akan menjauhinya...

Andai kau ingin berteman,
janganlah kerana kebaikkannya 
kerana mungkin dengan satu keburukan,
kau akan membencinya...

Andai kau ingin sahabat yang satu 
janganlah kerana ilmunya,
kerana apabila dia buntu 
kau mungkin akan memfitnahnya...

Andai kau ingin seorang kawan 
janganlah kerana sifat cerianya
kerana andai dia tak pandai menceriakan,
kau mungkin akan menyalahinya..

Andai kau ingin bersahabat..
terimalah dia seadanya,
kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa.
Jangan diharapkan semuanya sempurna,
kerana kau juga tidak sempurna.
Tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna
tapi bersahabatlah kerana Allah,
Tuhan yang Maha Esa.

Isnin, 4 Julai 2011

~ketulusan cinta~

Saat kau mencintai seseorang
Cintailah dia dengan ketulusan yang muncul dari dalam hatimu
Ketulusan bererti kau mencintai dengan ikhlas
Tanpa harus mengharap imbalan atau balasan darinya untuk mencintaimu

Dan ketika kamu benar-benar tulus mencintainya
Maka kamu akan terlelap pada ketenangan yang muncul dari jiwamu
Ketenangan yang selalu menyegarkan hatimu saat mulai melayu
Sungguh ketulusan yang sebenarnya adalah
Ketika kamu selalu berlaku hanya dan demi untuknya
Walau dia tidak pernah lakukan hal itu padamu

Ketulusan yang kau berikan kepadanya adalah
sebuah pembebasan dari duka dan deritamu
Kerana ketulusan yang telah kau tanam hanya berbuah kebahagiaan
Bukan kekecewaan yang menyesakkan dada

Justeru jika engkau banyak mengharap cinta dari orang yang kau cintai
Engkau akan sering mengalami siksaan batin
Kerana saat itu kekhuatiran dan kegelisahan
Selalu mengikuti mu kemana hatimu bergerak

Saat itu pula cintamu tidak pernah tegak berdiri dalam jiwamu
Dimana jiwamu sedang terumbang ambing
Diantara perasaan takut jikalau dia tidak mencintaimu
Bahkan membencimu

Dan ketahuilah bahawa cinta yang suci nan murni hanya kan kau rasakan
Dengan gerak hatimu untuk selalu berlaku jujur pada orang yang kamu cintai
Tanpa ketulusan engkau tidak akan pernah bias 
mencecap betapa manisnya madu cinta
Kerana ketulusan ibarat cawan tempat engkau meneguk madu tersebut

Dan jika engkau belum boleh berlaku jujur
Lihatlah ke kedalaman hatimu
Agar dapat kau fahami rahsia hatimu
Hingga akan kau temui seberkas cahaya kesedaran
Yang akan mendorong hatimu untuk jujur dan tulus

“Dan kejujuran adalah asas bagi cinta sejati yang selalu ada di hati seorang pencinta
Percayalah bahawa ketulusanmu adalah nafas cintamu”

Selasa, 14 Jun 2011

mEngApa sElaLu fiKiR ciNtA???

    Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?

Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.


::Jodoh::

 Masih tidak yakin dengan janji Allah.?
Di dalam kuliah, seorang ustaz menerangkan bahawa qada'  bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azali .Qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara yang telah ditetapkan sejak azali yang merangkumi jodoh, ajal, rezeki dan beberapa perkara lagi.
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?


Lihatlah.
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta?? Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?

Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. 

"Adakah ia hanya sebuah keseronokan? "

"Untuk merealisasikan mimpi indah?"

Tidak. 

Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya....


::Mari Menjadi Hamba kepada Pencipta::

 Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
Bukan seperti kita..,mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah untuk menyihatkan IMAN!


::Jangan terlalu fikirkan cinta::

Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf  dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari Islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.


::Lihatlah cinta yang sebenar ini!::


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU.. Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU..

ihsan dari Cinta Allah Cinta Abadi~

Sabtu, 11 Jun 2011

Sayang-sayang

sayang-sayang orang "hansome" tak sembahyang
nabi yusuf hansome juga
pun sembahyang.

sayang-sayang
orang cantik tak sembahyang
siti fatimah cantik
pun sembahyang..
sayang-sayang
orang kaya tak sembahyang
nabi sulaiman juga kaya
pun sembahyang.

sayang-sayang
orang miskin tak sembahyang
nabi isa miskin
pun sembahyang.

sayang-sayang
budak budak tak sembahyang
hasan dan husin budak juga
pun sembahyang.

sayang sayang
panglima perang tak sembahyang
khalid bin walid panglima perang
pun sembahyang.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju ke Syurga." 

RAHSIA SOLAT
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1 ) Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan
taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 ) Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat
meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 ) Takbir-ratul Ihram :  Fadilatnya, sebagai pelita 
yang menerangi kita di dalam kubur.

4 ) Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 ) Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6) I'tidal :  Akan memberi minuman air dari telaga
al-kautsar ketika didalam kubur.

7) Sujud :Memagar kita ketika menyeberangi
titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 ) Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 ) Duduk antara 2 Sujud (akhir) : 
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 ) Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang
dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11) Selawat Nabi :Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12) Salam :Memelihara kita di dalam kubur.

13) Tertib :Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu
sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan
juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang
begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th  " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...
" Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Ahad, 15 Mei 2011

BUAT PEDOMAN BERSAMA.

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan
mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,.
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,..
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa..
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... 
Mengapa kamu berlengah??? cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain??
Terlalu mengejar kesempurnaan.??
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain ,
.kamu juga yang akan MENYESAL....

~Cinta yang hakiki datang dari jiwa yang suci ~



 ***********************************************************************************

Terima Kasih Cikgu ^_6

 Terima Kasih Cikgu..,

♥ ♥ BUAT SEMUA GURU♥ ♥
♥ ♥ Selamat Hari Guru ♥ ♥

Semoga segala ilmu dan pedoman buat anak murid tercinta selama ini dikira sebagai Amal Kebajikan buat kehidupan di akhirat sana.
 

Selasa, 19 April 2011

Peringatan Bumi Buat Manusia..~

10 PERINGATAN BUMI :

Untuk diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang palsu dan sementara. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia, namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka. Berkata Anas Bin Malik r.a, sesunguhnya setiap hari bumi menyeru kepada ,manusia dengan sepuluh perkara :

1. Wahai Anak Adam, berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah, engkau akan di masukkan kedalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat diatas belakangku, tetapi ingatlah, engkau akan menangis di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku tetapi ingatlah engkau akan menagis di dalam perutku

4. Engkau bergembira diatas belakangku, tetapi ingatlah engkau akan kecewa di dalam perutku

5. Engkau makan benda haram di atas belakangku, tetapi ingatlah, engkau akan dimakan oleh ulat didalam perutku

6. Engkau mengumpul harta dia atas belakangku, tetapi ingatlah, engkau akan menyesal di dalam perutku.

7. Engkau angkuh dia atas belakangku, tetapi ingatlah, engkau akan di hina di dalam perutku

8. Engkau berlari dengan riang di ats belakangku, tetapi ingatlah, engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup didunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang dibelakangku, tetapi ingatlah, engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku..

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah, engkau akan berseorangan di dalam perutku

Isnin, 18 April 2011

AdaB PergaulaN YanG BaiK


1)      Hadapi kawan atau lawan dengan wajah yang tenang, gembira, sopan dan rela hati. Elak menunjukkan sikap angkuh, sombong dan meninggi diri..

2)      Elakkan terlalu menoleh kemana-mana dan elakkan menenung dengan pandangan yang tajam kepada orang lain.

3)      Elakkan memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak meludah atau berhingus di tempat awam, menguap atau menggeliatkan badan.

4)      Duduklah dalam keadaan tenang,kata- kata selalu teratur, menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yang melucukan lebih baik kamu diamkan sahaja.

5)      Elakkan bersikap pura-pura.

6)      Elakkan daripada memberitahu sesiapa mengenai harta yang dimiliki kerana jika harta itu sedikit orang akan memandangmu dengan kehinaan dan jika harta itu banya akan mengundang rompakan.

7)      Elakkan berdebat, berpegang teguhla kepada kesopanan dan elakkan merendah-rendahkan kemampuan orang lain.

8)      Elakkan meninggikan harta lebih mulia daripada kehormatan diri.

9)      Apabila masuk ke majlis, berilah salam dan sentiasa merendah diri.

10)   Elakkan daripada duduk dan bercakap-cakap di jalanan dan jika terpaksa, sentiasalah menundukkan pandanganmu.

11)  Elakkan suka bergurau dengan cendiakiawan dan orang kurang cerdik.

12)  Jika banyak bergurau senda dalam sesuatu majlis, kerana terlupa atau lain-lain, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu..

***kita adalah apa yang kita fikirkan.***

Cenderahati paling berharga…

*Gambar hiasan *

Secara umumnya., cenderahati adalah sebuah tanda kenangan buat orang yang tersayang.
.Cenderahati tidak semestinya mahal,..yang penting ia ikhlas dari si pemberi kepada si penerima..
Cenderahati tidak semestinya berunsurkan kebendaan...
Malah ia boleh didapati dengan mudah tanpa menggunakan wang malah boleh 
dihadiahkan pada bila-bila masa, pada setiap saat dan setiap hari
Cenderahati yang paling berharga ini tidak terdapat dimana-mana kedai, atau pasaraya
Nak tahu??
Jom baca dibawah ini..... 

Kehadiran:
Kehadiran tidak semestinya berada di sisi setiap masa (jika belum kawin-haram hukumnya)
Zaman dahulu kalau bercinta pasangan berutus surat, ataupun menggunakan telefon ..cara yng sama juga masih digunakan cuma lebih moden kerana surat dihantar melalui email, bergambar  malah boleh juga secara live...Seolah-oleh seperti berada disisinya-kira penganti diri....”jauh dimata dekat dihati”
Cenderahati ini membolehkan kita berkongsi perasaan perhatian dan kasih sayang dengan lebih efisyen gitu.Jadikanlah kehadiran anda sebagai kebahagiaan..



Mendengar
Semua orang suka didengari daripada mendengarkannya..
Kemahiran saling mendengar  merupakan cenderahati yang 
mampu mencetuskan kebahagiaan dan keharmonian kepada  setiap manusia..
Cara ini sangat mudah ”simple” dilakukan...Anda cuma memberi telinga anda dipinjamkan seketika untuk mendengar segala curahan hatinya terhadap anda. Cara ini dapat mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati..Tak percaya..cubalah..
Mudah bukan??


Diam
Diam juga mmpunyai kekuatan ..Cenderahati ini boleh menunjukkan prasaan cinta kita pada seseorang kerana kita memberinya ruang dan ruang. Diam boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir membingungkan orang lain malah lebih dari segala-galanya...


Kebebasan
Mencintai sesorang tidak bermakna kita telah memiliki hak sepnuhnya untuk mengatur kehidupan org yg bersngkut paut dengan kita. Kebebasan bukan bermakna kita boleh buat sesuka hati...Berilah kebebasan kepada orang yang anda sayangi kerana cenderamata ini boleh mewujudkan cinta, memberi kepercayaan sepenuhnya kepada si dia untuk bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh si dia...


Keindahan
Setiap manusia sukakan kecantikan atau keindahan...Kecantikan diri adalah lambang keperibadian anda..Justeru itu tidak salah kalau kita memberikan cenderamata ini kepada orang yang kita sayang..Kecantikkan tidak semestinya berlandaskan kehenseman atau kecantikkan rupa paras sahaja..kalau dah memang pakej tu, baguslah, bonus....
Kebersihan dan kekemasan juga perlu diberi perhatian)
Jika anda muncul dihadapan orang yang anda sayangi pasti si dia akan bahagia...



Tanggapan Positif
Percaya atau tidak, apa yang kita fikirkan itulah yang akan membawa impak 
dalam kehidupan kita mahupun orang yang tersayang..
Sekali-sakali cubalah anda memuji ataupun mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan...cenderamata ini adalah cenderahati yang mudah di ingati dan tidak dapat dilupakan oleh si penerima...


Sedia mengalah
Tidak rugi kalau kita beralah...Pertengkaran dan pergaduhan hanya mampu meruntuhkan sebuah ikatan kasih sayang atau cinta...setiap masalah pasti ada penyelesaiannya..
Pertimbangan wajar perlu, kerana kesediaan kita untuk beralah dapat melunturkan rasa sakit hati dan menyedarkan kita bahawa tiada seorang manusiapun sempurna di dunia ini.
Pecayalah...sifat sabar dan mudah mengalah itu merupakan cenderahati yang boleh menyelamatkan sesebuah hubungan daripada dikorbankan...


Senyuman
Hadiahkan lah senyumanmu kepada sesiapa saja..”kalau kita senyum semua pasti senyum sekali”...senyuman adalah isyarat untuk membuka diri dengan dunia luar..Jika senyuman diberikan secara tulus ikhlas, ia boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus asa, menceriakan suasana muram juga penenang jiwa ketika keresahan..
Bilakah kali terakhir anda menghdiahkan senyuman manis kepada orang yang tersayang???
Jik belum, mari lakukan sekarang...kerana senyumanmu merupakan cenderamata yang bermakna kepada insan yang kamu sayangi...
Senyum sokmo deh

*********
Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita.
Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajarlah untuk mencintai dan menikmati betapa kita di cintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

******************************************************************************* 
Cenderahati cinta:
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui 
cinta yang jauh lebih indah

***************************************************************

Isnin, 11 April 2011

kurasakan

"Something"..........................

*Episod bermula*

cerita yang telah lama berkubur dihati sejak bertahun lamanya...
Kenangan lama berputar kembali pabila terlihat sepasang kekasih dihadapanku..
*******************************************************************************************
Ketika itu kami masih lagi menuntut,.masing-masing di tahun 3 institusi pengajian tinggi. seorang di barat dan seorang di selatan..
Perkenalan kami cukup unik, disatukan oleh seorang kenalan...kami hanya berhubung melalui telefon dan berchatting....almaklumlah dahulu kurang adanya laman sosial seperti sekarang ni..pada mulanya amat berat hati tetapi lama kelamaan hubungan kami semakin akrab..tanpa sedar..tempoh perkenalan bertukar menjadi sayang....

*Konflik*
setiap pasangan rasanya tidak akan terlepas dari pergaduhan
..yang kecil mahupun besar..
perang dingin, perang hangat semua nya alah bisa tegal biasa.
kadang-kadang menyengat kadang-kadang terasa......namun hubungan itu kembali pulih..

*Hanya mampu merancang*

Hubungan jarak jauh ini  memang banyak rintangannya...
Atas sebab-sebab inilah kami memilih untuk berpisah setelah dua tahun menyulam kasih......jarak membataskan hubungan kami...
kita hanya mampu merancang tetapi DIA yang menentukan....

*Rasionalnya perpisahan*

Kehidupan perlu diteruskan seperti biasa..Cinta lama perlu di ganti dengan cinta baru..
Benar amat susah untuk melupakan cinta yang telah lama di pupuk..
Ternyata., perhubungan adalah satu benda yang subjektif. kita tidak mampu meramalkan sesuatu yang terjadi di masa akan datang...adakah apa yang kurasakan ini akan berakhir dengan kejayaan atau kekecewaan???

*Dan kini. . . . .*

Kurasakan "something".........perasaan yang pernah kurasai sewaktu ketika dahulu......dan perasaan itu hadir kembali tanpa aku sedari..................adakah perasaan itu akan hadir kembali........???

adakah ia seperti coklat......cair di mulut @ditangan?

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.


Cinta itu Indah...Cinta pada ALLAH s.w.t adalah pemilik cinta sebenar.
Apabila di tanya..adakah anda pernah merasakan sesuatu..yang bernama C.i.N.t.A??
pasti kalian menjawab ...  Ya !! saya pernah merasainya..

Jumaat, 1 April 2011

ApRiL fOoL??????

Sesungguhnya umat Islam hari ini perlu meneliti amaran Rasulullah s.a.w melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya)
".. Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk dari kalangan mereka."
–Hadis riwayat Imam Abu Daud-

Hadith diatas memberi peringatan keras kepada umat Islam bahawa janganlah kita terlalu mudah mengikuti aktiviti-aktiviti perayaan yang tidak diketahui daripada mana datangnya sumber tersebut. Apa yang sangat menyedihkan, umat Islam hari ini mudah terikut dengan agenda songsang  barat yang memang nyata mempunyai hasrat dan cita-cita untuk memesongkan aqidah dan akhlaq umat Islam hari ini, maka mereka menggunakan pelbagai saluran media cetak dan elektronik untuk mempromosi perkara mungkar yang  memang bercanggah dengan nilai Islam dan ketimuran. Barat mencanangkan hiburan yang melampau, kebebasan anak muda yang keterlaluan sehingga menjadikan mereka terlupa yang mereka adalah anak yang dilahirkan dari seorang ayah dan ibu yang menganut Islam. Antara aktiviti mungkar dan keji yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan moral dimana anak muda Islam turut sama meraikannya dalam keadaan jahil dan tidak sedar keburukannya ialah sambutan April Fool…

           Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? 

Sejarah April Fool

         Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

        Sejak pembebasan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

         Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

             Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirim sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menakluk Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

            Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian pujuk tentera Salib.

            Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

               Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

           Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

             Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

Allah swt berfirman yang bermaksud Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” [ al-Hujurat (49:10]

Berdasarkan ayat diatas, jelaslah kepada kita bahawa apabila kita mengakui muslim yang lain adalah saudara kita seagama, maka sambutan april fool ini bercanggah dengan semangat persaudaraan yang di anjurkan Islam . Allah swt menggalakkan kita memperbaiki hubungan persaudaraan Islam ini, maka apabila kita mengetahui April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian kepada Umat Islam, maka Tidak Layak sebagai orang yang mengaku muslim dan beriman merayakan hari April Fool ini kerana seolah-olah kita merestui pembunuhan Umat Islam disepanyol oleh golongan kuffar. Maka sama-samalah kita menginsafi kesilapan besar yang mungkin telah kita lakukan suatu masa dahulu. Sekian untuk makluman pembaca sekelian, semoga artiker ini member makna yang besar dalam memahami kedudukan kita sebagai saudara seagama. Wallua`lam.

 Sumber:-Pusat Islam UTeM