Selasa, 19 April 2011

Peringatan Bumi Buat Manusia..~

10 PERINGATAN BUMI :

Untuk diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang palsu dan sementara. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia, namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka. Berkata Anas Bin Malik r.a, sesunguhnya setiap hari bumi menyeru kepada ,manusia dengan sepuluh perkara :

1. Wahai Anak Adam, berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah, engkau akan di masukkan kedalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat diatas belakangku, tetapi ingatlah, engkau akan menangis di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku tetapi ingatlah engkau akan menagis di dalam perutku

4. Engkau bergembira diatas belakangku, tetapi ingatlah engkau akan kecewa di dalam perutku

5. Engkau makan benda haram di atas belakangku, tetapi ingatlah, engkau akan dimakan oleh ulat didalam perutku

6. Engkau mengumpul harta dia atas belakangku, tetapi ingatlah, engkau akan menyesal di dalam perutku.

7. Engkau angkuh dia atas belakangku, tetapi ingatlah, engkau akan di hina di dalam perutku

8. Engkau berlari dengan riang di ats belakangku, tetapi ingatlah, engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup didunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang dibelakangku, tetapi ingatlah, engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku..

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah, engkau akan berseorangan di dalam perutku

Isnin, 18 April 2011

AdaB PergaulaN YanG BaiK


1)      Hadapi kawan atau lawan dengan wajah yang tenang, gembira, sopan dan rela hati. Elak menunjukkan sikap angkuh, sombong dan meninggi diri..

2)      Elakkan terlalu menoleh kemana-mana dan elakkan menenung dengan pandangan yang tajam kepada orang lain.

3)      Elakkan memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak meludah atau berhingus di tempat awam, menguap atau menggeliatkan badan.

4)      Duduklah dalam keadaan tenang,kata- kata selalu teratur, menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yang melucukan lebih baik kamu diamkan sahaja.

5)      Elakkan bersikap pura-pura.

6)      Elakkan daripada memberitahu sesiapa mengenai harta yang dimiliki kerana jika harta itu sedikit orang akan memandangmu dengan kehinaan dan jika harta itu banya akan mengundang rompakan.

7)      Elakkan berdebat, berpegang teguhla kepada kesopanan dan elakkan merendah-rendahkan kemampuan orang lain.

8)      Elakkan meninggikan harta lebih mulia daripada kehormatan diri.

9)      Apabila masuk ke majlis, berilah salam dan sentiasa merendah diri.

10)   Elakkan daripada duduk dan bercakap-cakap di jalanan dan jika terpaksa, sentiasalah menundukkan pandanganmu.

11)  Elakkan suka bergurau dengan cendiakiawan dan orang kurang cerdik.

12)  Jika banyak bergurau senda dalam sesuatu majlis, kerana terlupa atau lain-lain, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu..

***kita adalah apa yang kita fikirkan.***

Cenderahati paling berharga…

*Gambar hiasan *

Secara umumnya., cenderahati adalah sebuah tanda kenangan buat orang yang tersayang.
.Cenderahati tidak semestinya mahal,..yang penting ia ikhlas dari si pemberi kepada si penerima..
Cenderahati tidak semestinya berunsurkan kebendaan...
Malah ia boleh didapati dengan mudah tanpa menggunakan wang malah boleh 
dihadiahkan pada bila-bila masa, pada setiap saat dan setiap hari
Cenderahati yang paling berharga ini tidak terdapat dimana-mana kedai, atau pasaraya
Nak tahu??
Jom baca dibawah ini..... 

Kehadiran:
Kehadiran tidak semestinya berada di sisi setiap masa (jika belum kawin-haram hukumnya)
Zaman dahulu kalau bercinta pasangan berutus surat, ataupun menggunakan telefon ..cara yng sama juga masih digunakan cuma lebih moden kerana surat dihantar melalui email, bergambar  malah boleh juga secara live...Seolah-oleh seperti berada disisinya-kira penganti diri....”jauh dimata dekat dihati”
Cenderahati ini membolehkan kita berkongsi perasaan perhatian dan kasih sayang dengan lebih efisyen gitu.Jadikanlah kehadiran anda sebagai kebahagiaan..



Mendengar
Semua orang suka didengari daripada mendengarkannya..
Kemahiran saling mendengar  merupakan cenderahati yang 
mampu mencetuskan kebahagiaan dan keharmonian kepada  setiap manusia..
Cara ini sangat mudah ”simple” dilakukan...Anda cuma memberi telinga anda dipinjamkan seketika untuk mendengar segala curahan hatinya terhadap anda. Cara ini dapat mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati..Tak percaya..cubalah..
Mudah bukan??


Diam
Diam juga mmpunyai kekuatan ..Cenderahati ini boleh menunjukkan prasaan cinta kita pada seseorang kerana kita memberinya ruang dan ruang. Diam boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir membingungkan orang lain malah lebih dari segala-galanya...


Kebebasan
Mencintai sesorang tidak bermakna kita telah memiliki hak sepnuhnya untuk mengatur kehidupan org yg bersngkut paut dengan kita. Kebebasan bukan bermakna kita boleh buat sesuka hati...Berilah kebebasan kepada orang yang anda sayangi kerana cenderamata ini boleh mewujudkan cinta, memberi kepercayaan sepenuhnya kepada si dia untuk bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh si dia...


Keindahan
Setiap manusia sukakan kecantikan atau keindahan...Kecantikan diri adalah lambang keperibadian anda..Justeru itu tidak salah kalau kita memberikan cenderamata ini kepada orang yang kita sayang..Kecantikkan tidak semestinya berlandaskan kehenseman atau kecantikkan rupa paras sahaja..kalau dah memang pakej tu, baguslah, bonus....
Kebersihan dan kekemasan juga perlu diberi perhatian)
Jika anda muncul dihadapan orang yang anda sayangi pasti si dia akan bahagia...



Tanggapan Positif
Percaya atau tidak, apa yang kita fikirkan itulah yang akan membawa impak 
dalam kehidupan kita mahupun orang yang tersayang..
Sekali-sakali cubalah anda memuji ataupun mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan...cenderamata ini adalah cenderahati yang mudah di ingati dan tidak dapat dilupakan oleh si penerima...


Sedia mengalah
Tidak rugi kalau kita beralah...Pertengkaran dan pergaduhan hanya mampu meruntuhkan sebuah ikatan kasih sayang atau cinta...setiap masalah pasti ada penyelesaiannya..
Pertimbangan wajar perlu, kerana kesediaan kita untuk beralah dapat melunturkan rasa sakit hati dan menyedarkan kita bahawa tiada seorang manusiapun sempurna di dunia ini.
Pecayalah...sifat sabar dan mudah mengalah itu merupakan cenderahati yang boleh menyelamatkan sesebuah hubungan daripada dikorbankan...


Senyuman
Hadiahkan lah senyumanmu kepada sesiapa saja..”kalau kita senyum semua pasti senyum sekali”...senyuman adalah isyarat untuk membuka diri dengan dunia luar..Jika senyuman diberikan secara tulus ikhlas, ia boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus asa, menceriakan suasana muram juga penenang jiwa ketika keresahan..
Bilakah kali terakhir anda menghdiahkan senyuman manis kepada orang yang tersayang???
Jik belum, mari lakukan sekarang...kerana senyumanmu merupakan cenderamata yang bermakna kepada insan yang kamu sayangi...
Senyum sokmo deh

*********
Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita.
Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajarlah untuk mencintai dan menikmati betapa kita di cintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

******************************************************************************* 
Cenderahati cinta:
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui 
cinta yang jauh lebih indah

***************************************************************

Isnin, 11 April 2011

kurasakan

"Something"..........................

*Episod bermula*

cerita yang telah lama berkubur dihati sejak bertahun lamanya...
Kenangan lama berputar kembali pabila terlihat sepasang kekasih dihadapanku..
*******************************************************************************************
Ketika itu kami masih lagi menuntut,.masing-masing di tahun 3 institusi pengajian tinggi. seorang di barat dan seorang di selatan..
Perkenalan kami cukup unik, disatukan oleh seorang kenalan...kami hanya berhubung melalui telefon dan berchatting....almaklumlah dahulu kurang adanya laman sosial seperti sekarang ni..pada mulanya amat berat hati tetapi lama kelamaan hubungan kami semakin akrab..tanpa sedar..tempoh perkenalan bertukar menjadi sayang....

*Konflik*
setiap pasangan rasanya tidak akan terlepas dari pergaduhan
..yang kecil mahupun besar..
perang dingin, perang hangat semua nya alah bisa tegal biasa.
kadang-kadang menyengat kadang-kadang terasa......namun hubungan itu kembali pulih..

*Hanya mampu merancang*

Hubungan jarak jauh ini  memang banyak rintangannya...
Atas sebab-sebab inilah kami memilih untuk berpisah setelah dua tahun menyulam kasih......jarak membataskan hubungan kami...
kita hanya mampu merancang tetapi DIA yang menentukan....

*Rasionalnya perpisahan*

Kehidupan perlu diteruskan seperti biasa..Cinta lama perlu di ganti dengan cinta baru..
Benar amat susah untuk melupakan cinta yang telah lama di pupuk..
Ternyata., perhubungan adalah satu benda yang subjektif. kita tidak mampu meramalkan sesuatu yang terjadi di masa akan datang...adakah apa yang kurasakan ini akan berakhir dengan kejayaan atau kekecewaan???

*Dan kini. . . . .*

Kurasakan "something".........perasaan yang pernah kurasai sewaktu ketika dahulu......dan perasaan itu hadir kembali tanpa aku sedari..................adakah perasaan itu akan hadir kembali........???

adakah ia seperti coklat......cair di mulut @ditangan?

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.


Cinta itu Indah...Cinta pada ALLAH s.w.t adalah pemilik cinta sebenar.
Apabila di tanya..adakah anda pernah merasakan sesuatu..yang bernama C.i.N.t.A??
pasti kalian menjawab ...  Ya !! saya pernah merasainya..

Jumaat, 1 April 2011

ApRiL fOoL??????

Sesungguhnya umat Islam hari ini perlu meneliti amaran Rasulullah s.a.w melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya)
".. Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk dari kalangan mereka."
–Hadis riwayat Imam Abu Daud-

Hadith diatas memberi peringatan keras kepada umat Islam bahawa janganlah kita terlalu mudah mengikuti aktiviti-aktiviti perayaan yang tidak diketahui daripada mana datangnya sumber tersebut. Apa yang sangat menyedihkan, umat Islam hari ini mudah terikut dengan agenda songsang  barat yang memang nyata mempunyai hasrat dan cita-cita untuk memesongkan aqidah dan akhlaq umat Islam hari ini, maka mereka menggunakan pelbagai saluran media cetak dan elektronik untuk mempromosi perkara mungkar yang  memang bercanggah dengan nilai Islam dan ketimuran. Barat mencanangkan hiburan yang melampau, kebebasan anak muda yang keterlaluan sehingga menjadikan mereka terlupa yang mereka adalah anak yang dilahirkan dari seorang ayah dan ibu yang menganut Islam. Antara aktiviti mungkar dan keji yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan moral dimana anak muda Islam turut sama meraikannya dalam keadaan jahil dan tidak sedar keburukannya ialah sambutan April Fool…

           Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? 

Sejarah April Fool

         Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

        Sejak pembebasan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

         Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

             Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirim sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menakluk Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

            Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian pujuk tentera Salib.

            Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

               Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

           Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

             Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

Allah swt berfirman yang bermaksud Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” [ al-Hujurat (49:10]

Berdasarkan ayat diatas, jelaslah kepada kita bahawa apabila kita mengakui muslim yang lain adalah saudara kita seagama, maka sambutan april fool ini bercanggah dengan semangat persaudaraan yang di anjurkan Islam . Allah swt menggalakkan kita memperbaiki hubungan persaudaraan Islam ini, maka apabila kita mengetahui April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian kepada Umat Islam, maka Tidak Layak sebagai orang yang mengaku muslim dan beriman merayakan hari April Fool ini kerana seolah-olah kita merestui pembunuhan Umat Islam disepanyol oleh golongan kuffar. Maka sama-samalah kita menginsafi kesilapan besar yang mungkin telah kita lakukan suatu masa dahulu. Sekian untuk makluman pembaca sekelian, semoga artiker ini member makna yang besar dalam memahami kedudukan kita sebagai saudara seagama. Wallua`lam.

 Sumber:-Pusat Islam UTeM