Rabu, 30 Mac 2011

BoW...BoW.. BoW

hari ini rasa penat sangat.
walaupun penat saya rasa "happy" ..
seronok dapat "spend time" dengan kawan2..
hari-hari dok fikir pasal 

k

E
 
R
 
J
 
A



...........K E R J A.......
kadang2 bosan juga..
jadi hari ini kita  ENJOY ;)

pertama kali memang saya tidak pandai  main bowling
hentam saja lah labu


dalam hentam2 pun.........
cuba tgk nie............


 haaa apa macam?? ^_6
 
gelagat kawan ku sorang ini bermain bowling
alamak tak masok pulak..
apocot bola ku terlepas....hehe(jgn marah yea)


walauapapun kami tetap beri sokong pada kamu kawan ku..
try your best....

ini lah antara pompom "gurlsz " yg hadir...hehe..   aweks2 cun belaka taw..HiiHiHiHii

sekali sekala buat pertandingan sebegini memang menyeronokkan..
anatara kebaikkannya adalah:- 
1.mengeratkan silaturahim... 
  (kerja kami agak "tention" hari2  menghadap komputer)  
2.menyihatkan badan( kasi cargas fizikal dan mental)  
3.memupuk semangat setiakawan  
(persaingan secara sihat - say no to P.H.D)

    Pada mulanya kami hanya merancang untuk bermain secara suka-suka (no-tournament),hanya tiga hingga lima orang saja...almaklumlah saya nie budak baru dalam pejabat...Freshie lah katakan~  malu mahu "propose" idea..hehe.
    bila dapat tahu ramai mahu menyertai kami..,timbullah idea untuk buat tournament ni...perkara pertama yg bermain difikiran kami.adakah ia akan berjaya melakukannya??...

    setelah bermesyuarat dengan ahli2 senat.,kami bersetuju dipecahkan secara undian...empat sekawan dalam empat kumpulan...kumpulan..A B C D
    setiap kumpulan ada ketua.....dan ketua nilah yg memainkan peranan penting dalam meningkatkan mata dalam kumpulan (terror2 belaka taw)..

    setelah penat mencuba nasib.....................akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaa........(jeng jeng jeng)..ini lah mata-mata yg telah berjaya dikumpul..



    Kiri: Kumpulan A
    Kanan: kumpulan B
     
     Kiri : Kumpulan C
    Kanan : Kumpulan D






     kali ini Juara berpihak pada  kumpulan A...seronoknye merekaaaaaaaaa......

                                                                     

     
    barisan pemain handalan.......... 
    dan juga kaum kerabat yang hadir.......









    Jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan aktiviti ini........sekalung tahniah buat mereka yang menang dalam acara ni....kepada mereka yang kalah tu.u..teruskan usaha tahun depan jadi juara Ok??.....ekeke........Korang memang best!!!!!

    ~Bowling Tournament 2011~


    Selasa, 22 Mac 2011

    Senyum ^-6

    bila hati di kawal nafsu
    fikiran jadi tidak menentu
    tapi pandai2 lah kawal diri
    pandang kiri
    pandang kanan
    sebelum mahu berkata sesuatu
    sebelum membuat sesuatu
    manusia memang pandai berkata-kata
    dan mereka akan sering berkata-kata
    (gosip, mengumpat, menghina dengan pelbagai cara)
    AWAS....


    andai hati manusia telah diguris
    sehingga
    meninggalkan kesan yang amat dalam

    maka
    susah bagi kita untuk menyembuhkannya kembali..
    rasa untuk memaafkan tu mungkin ada
    tetapi untuk memberi ruang untuk sekian kali dan berkali2nya 
    buat waktu seterusnya
    amat sukar......
    benarlah kata pepatah
    buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali
    (tapi kejahatan itulah yang sering manusia ulangi, lagi dan lagi)

    dunia ini...

    bukan tempat kita seorang.
    kita perlu berkawan untuk bercakap,(berkongsi rasa, suka dan duka)
    saling bantu membantu (kalau hidup untuk membatu,lebih baik jadi hiasan dinding)
    perlu ada rasa sayang-hormat pada yang tua sayang pada yang muda ( bukan kurang ajar pada yang tua dan membuli orang muda)
    saling bertolak ansur (berat sama dipikul, ringan sama dijinjing)

    kerjasama itu penting
                                                             

    sEaNdainyAaaaa....

    Andainya lelaki tahu..
    Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya 
    segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

    Andainya lelaki tahu..
    Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah,
    tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

    Andainya lelaki tahu..
    Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

    Andainya lelaki tahu..
    Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

    Andainya lelaki tahu..
    Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

    Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

    Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan jarang
    mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

    Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

    Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya,
    kamu tetap yang terbaik.

    Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

    Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. 
    Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

    Andai lelaki tahu..
    Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu
    mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda...

    Ahad, 13 Mac 2011

    cerita suka-suka

    cEriTa Suka-sUka
    saya sayang awak..
    i suatu malam depan panggung wayang…

    Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
    Nobita : A’ ah xbosan. Best!
    Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
    Nobita : Errr~ hehe..

    Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
    Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
    Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
    Nobita : Errr~ hehe..

    Mereka pun menuju ke i-City..

    Sizuka : Awk, sy cantik x?
    Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
    Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
    Nobita : Errr~ hehe..

    Mereka pun tiba di i-City..

    Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
    Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
    Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
    Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
    Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
    Nobita : Errr~ huhu..

    Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
    Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
    Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
    Nobita : Errr~ huhu..

    Mereka pun pulang..

    Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
    Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
    Sizuka : Buktinya??
    Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
    Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
    Nobita : Eh..errr~ huhu

    Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
    Nobita : Eh..mestila! hehe
    Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
    Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
    Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

    Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
    Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

    Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

    Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
    Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

    Nobita : ......

    [Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

    ~peringatan untuk semua, beribu kali peringatan untuk diri ini~