Rabu, 23 Februari 2011

dugaan ku...


 ~hari ini mood yang tidak berapa baik~
sakit kepala
selsema
batuk pening
nk demam

cuaca sekarang 
keadaan sekarangyg tidak menentu
menyebabkan penyakit


tapi kesakitan itu membawa seribu hikmah yg penuh bermakna..

Ternyata sakit mempunyai hikmah yang sangat besar bagi manusia, hikmah yang merupakan bentuk kasih sayang Allah kepada manusia yang beriman. Allah Maha Penyayang dan Pengasihnya itulah, menjadikan sakit sebagai salah satu sarana agar manusia dekat dengan Allah. Sebenarnya seberapapun kebaikan yang manusia lakukan tidaklah seimbang dengan nikmat yang Allah berikan.
Hikmah-hikmah disebalik sakit adalah :
1.      Diampuni dosa dan kesalahan
"Setiap musibah yang menimpa mukmin, baik berupa wabah, rasa lelah, penyakit, rasa sedih, sampai kekalutan hati, pasti Allah menjadikannya pengampun dosa-dosanya." (HR. Bukhari-Muslim)
"Tidaklah seorang Muslim ditimpa gangguan berupa penyakit dan lain-linnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya." (Bukhari-Muslim)
2.      Ditinggikan Derajatnya
“Tidaklah seorang mukmin tertusuk duri atau yang lebih kecil dari duri, melainkan ditetapkan baginya satu derajat dan dihapuskan darinya satu kesalahan.” (HR Muslim)
Dari Aisyah, dia berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihiwa Sallam bersabda (yang artinya):
"Tidaklah seorang Mukmin itu tertimpa penyakit sedikit pun, melainkan Allah menghapus darinya satu kesalahan, ditetapkan baginya satu kebaikan dan ditinggalkan baginya satu darjat."
(Ditakrij Ath-Thabrani dan Al-Hakim. Isnadnya Jayyid)

Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, dia berkata Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda (yang artinya):
"Sesungguhnya seseorang benar-benar memiliki kedudukan di sisi Allah, namun tidak ada satu amal yang dapat menghantarkannya ke sana. Maka Allah sentiasa mencubanya dengan sesuatu yang tidak disukainya, sehingga dia dapat sampai ke kedudukan itu."
(Ditakhrij Abu Ya'la, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim; Menurut Syaikh Al-Albany: hadits hasan)

3.      Pembuka Jalan Ke Surga
"Allah Subhanahu berfirman: "Hai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keridhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahala bagimu selain surga."
(Ditakhrij Ibnu Majah; Menurut Syaikh Al-Albany: hadis hasan)

4.      Keselamatan dari Api Neraka
Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, bahwa beliau menjenguk seseorang yang sedang sakit demam, yang disertai Abu Hurairah. lalu beliau bersabda (yang artinya):
"Bergembiralah, karena Allah Azza wa Jalla berfirman, 'Inilah neraka-Ku. Aku menganjurkannya menimpa hamba-Ku yang mukmin di dunia, agar dia jauh dari neraka pada hari akhirat."
(Ditakhrij Ahmad, Ibnu Majah, dan Al-Hakim. Menurut Syaikh Albani: isnadnya shahih)
5.      Menjadikan kita ingat kepada Allah dan kembali kepada Nya
Biasanya ketika seseorang dalam keadaan sihat wal afiat, suka tenggelam dalam kenikmatan dan syahwat. Menyibukkan diri dalam urusan dunia dan melalaikan Allah, yang tidak jarang terjerumus dalam kemaksiatan dan kedurhakaan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ketika Allah mencubanya dengan sakit atau musibah lain, dia akan ingat kepada Allah, bertaubat, dan kembali memenuhi hak-hak Allah yang telah dia tinggalkan.

***************************************************************************

Isnin, 14 Februari 2011

oRang yAnG mEnCintai kAmu akAn........

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintaimu. Yang dia tahu dihati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah mempunyai teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya. Di mata dan hatinya kamu sentiasa yang tercantik walaupun kamu merasakan tidak.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa sahaja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS ‘Selamat Pagi’, ‘Selamat Malam’, ‘Slmt Tidur’, ‘Take Care’ dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMSnya kerana dengan krirman SMS itulah dia menyatakan cintanya. Menyatakan dalam cara yang berbeza. Bukan ‘Aku Cinta Padamu’, tapi berselindung ayat lain selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari ulangtahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan telefon untuk mengucapkan selamat ulangtahun atau mengirimkan SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu. Bahkan mungkin kejadian yang mungkin kamu sendiri telah melupakannya. Kerana saat itu adalah sesuatu yang amat berharga bagi dirinya. Dan saat itu matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu tak mungkin berulang kembali.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setipa kata-kata yang kamu ucapkan. Bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar untuk menyukai apa yang kamu suka. Walau dia terpaksa korbankan sesuatu..
     
  10. Jika kali terakhir kamu berjumpa, kamu sedang selsema atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirimkan SMS atau menelefon untuk bertanyakan keadaan kamu. Kerana dia bimbang tentang kamu, peduli tentang kamu.
     
  11. Jika kamu menyatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan dila ujian itu akan berlangsung. Dan saat harinya tiba, dia akan mengirimkan SMS ‘Good Luck’ untuk beri semangat kepada kamu.
     
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan sesuatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
     
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat ketika sedang bercakap ditelefon dengan kamu sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
     
  14. Orang yang mencintai kamu akan selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya bersama kamu.

  15. Jika satu masa kamu terpaksa berpindah atau pergi ke tempat yang lain, dia akan sentiasa mengingatkan kamu untuk berwaspada dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu. Tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku terhadap kamu.
     
  16. Orang yang mencintai kamu akan bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
     
  17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan perkara-perkara SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali sehari atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirimkan SMS. Sebenarnya ketika itu dia memikirkan kamu.
     
  18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan perkara-perkara yang kamu pening kepala. Nemun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu, dia akan meminta maaf dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.
     
  19. Jika kamu memintanya untuk mengajarkan sesuatu, dia akan begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan kamu itu.
     
  20. Jika kamu melihat H/Pnya, maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOXnya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun kamu telah kirimkannya beberapa hari, minggu, bulan atau tahun. Kerana baginya setiap pemberianmu adalah berharga walaupun SMS.
  21. Jika kamu cuba menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menghindarimu dan akan menghilang dari kehidupan kamu walaupun perkara itu membunuh hatinya.
  22. Jika satu saat kamu merindukannya dan ingin memberikannya kesempatan, dia akan menunggu kamu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
  23. Orang yang begitu mencintaimu tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan walau hatinya meronta ingin mengetahui kerana dia tak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya. Saat kamu pinta dia berlalu, dia akan pergi tanpa menyalahkan kamu kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

    PERNAH ADAKAH ORANG YANG BERBUAT PERKARA SEPERTI DI ATAS KEPADA KAMU? JIKA ADA, JANGAN PERNAH MENSIA-SIAKAN ORANG TERSEBUT KERANA KAMU AKAN MENYESAL MELAKUKANNYA.

 ****** ADAKAH KAMU TAHU SAKITNYA PERASAAN ITU…….. 
KALAU BOLEH TAK NAK JUMPA DENGAN CINTA MACAM NIE
MUNGKIN  UJIAN.. KALAU SABAR DAPAT PAHALA ,,,,,,,, 
TAPI SAMPAI BILA… BUKA LAH HATI MU UTUK ORANG LAIN 
KERANA MANUSIA YG TIDAK MENGHARGAI KAMU TIDAK AKAN MEMANDANG 
SEGALA KEBAIKAN YG KAMU LAKUKAN
KERANA DIA TIDAK MENYUKAI KAMU LANGSUNG.. ALANGKAH ADILNYA 
KALAU DIA JUGA MERASAKAN PERASAAN
KASIH SAYANG NYA DI TOLAK AGAR DIA JUGA MENGHARGAI ORANG 
YG MENYAYANGINYA… SEKADAR LUAHAN HATI...********


****cinta kepada ALLAh adalah cinta SEJATI...tidak akan pernah kecewa dan dikecewa bagi sesiapa yg mencintaiNYA sepenuh hati *********** ^-6

Khamis, 10 Februari 2011

3 ThiNgs...


v     3 THINGS OF LIFE ONCE GONE NEVER COMES BACK ….

Time, Words & Opportunity



v     3 THINGS OF LIFE MUST NOT BE LOST………..

Peace, Hope & Honesty


   v     3 THINGS OF LIFE ARE  MOST VALUABLE …. 
       Love, Self-Confidence & Friends

v     3 THINGS OF LIFE ARE NEVER SURE ….

Dreams, Success & Fortune

 

v     3 THINGS MAKE A MAN @ WOMEN ….

Hard Work, Sincerity & Success



v     3 THINGS OF LIFE THAT DESTROY A MAN @ WOMEN ….

Wine, Pride & Anger


Unik tapi.menarik...

Pernahkah anda terfikir benda yg biasa kita lihat dan gunakan 
sehari-hari menjadi sebuah reka bentuk yg menarik??
cuba tgk gambar nie...
macam betul..
betul la tu..
   The Basket Building ( Ohio, USA) 
  

..BAKUL....
selalunya bakul digunakan untuk mengisi barang2 keperluan bila membeli belah,...ke pasar..pergi berkelah.
harga pun xdela smpai berbilion...
tapi di Ohio bakul menjadi reka bentuk bangunan  yg dibina dgn anggaran kos 30 million ringgit.
(bakul paling mahal didunia taw ^_6)
The Basket Building berukuran 180,00 kaki persegi dan mengambil 
masa selama 2 tahun untuk siap sepenuhnya..
yg nie lagi unik
kita selalu gunakan ia sebagai alas kaki..
di china ia adalah rekabentuk sebuah rumah..uniknya

Shoe House (Macau Cina)

 opsss..
..jgn betulkan skrin anda..
hehe
ini ~real building~ kt USA
hmmm...macam mana keadaan dlm rumah ni kn??

Wonderworks (Pigeon Forge, TN, USA)

 Ini buku gergasi...dijumpai di Missouri..kalau la buku kita baca sebesar ini...
setahun pun belum tentu habis baca..^_6

Kansas City Public Library (Missouri, USA) 
 ..Ini pula rumah retak tapi masih boleh didiami.....

Ripley`s Building (Niagara Fall, Ontario, Canada)
 yg nie lagi pelik.....nk kata zoo...bukan..
nk kata...rumah hantu pun bukan...
 macam dlm fairy tale kot kn..^_6
ini rumah anakbekas president vietnam yg punya...die blaja architecture kt Mooscow..
(bukan calang2 org taw)
yg uniknya rumah ini tak ada tingkap....
xpecaya cubalah masuk..hehehe..

Hang nga Guesthouse a.k.a crazy house



Ahad, 6 Februari 2011

FiTaLeTi??

Filateli??

Memang unik
first time dengar ni..agak2 kawan2 ape yea?
adakah ia makanan??
macam spagetti....@ pasta??
hmmm mgkin jg tidak...hehe
apa yea??
nk taw??
jom baca..

MyEm0.Com

sebenarnya perkataan "filateli" dikatakan mula-mula dicipta di Perancis pada 1864 oleh Georges Herpin.
Ia berasal daripada dua perkataan 
Greek: "philos" bermaksud kasih sayang dan "llateleiall" bermaksud tiada bayaran.
Asalnya filateli lebih terbatas kepada kajian label, mewakili bayaran untuk khidmat-khidmat pos. 
Dari sini, bidangnya diperluaskan dengan memasukkan koleksi setem pos, poskad, sampul surat, cap pos, dan bahan-bahan pos yang lain.
Ia tidak dapat diwujudkan semasa filateli baru bermula sebagai hobi kerana tidak ada dokumentasi yang diketahui. Bagaimanapun, ia dapat dipastikan bahawa filateli hanya bermula selepas setem pos diperkenalkan pada 1840.
Koleksi setem telah mengadaptasi satu pendekatan apabila album setem diperkenalkan.
Album pertama telah dikeluarkan di England pada tahun 1854. Oleh itu, apabila lebih banyak setem pos dapat diperoleh, hobi mengumpul setem menjadi lebih dikenali. Lebih ramai orang mula menunjukkan minat dalam hobi mengumpul setem, dan dari situlah lahirnya istilah filateli.
Ramai pengumpul setem yang serius muncul dan salah satu koleksi setem terbesar serta paling tua di dunia adalah kepunyaan DYMM Ratu England. DYTM Raja Muda Selangor juga dikatakan orang yang memiliki koleksi setem yang baik.
hehe..

 
Ini la FILATELI... ^_6

mawar  taw pun sebab mawar pegi ke muzium td..
cari benda2 baru...sambil tenangkan fikiran masa cuti -cuti..
sebenarnya semakin lama sekeping setem semakin berharga la nilainya..
macam juga duit lama..
ada antaranya nilai setem itu harga RM 0.10...setelah disimpan 20 hingga 30 tahun nilainya boleh mencecah hingga RM50 ke 80 sekeping..
bergantung kepada tarikh setem, belum atau telah digunakan..
kalau berserta sampul....nilai die boleh mencecah beratus2 ringgit..mahalkan
untung juga yea menggumpul setem..
boleh buat duit...hehe
Kalau kawan2 tak taw nk wat pe dgn setem meh bagi kt mawar...^_6


setem nie sekeping mencecah RM2.50..bayangkan harga sekeping pada 30tahun akan datang???