Ahad, 6 Februari 2011

FiTaLeTi??

Filateli??

Memang unik
first time dengar ni..agak2 kawan2 ape yea?
adakah ia makanan??
macam spagetti....@ pasta??
hmmm mgkin jg tidak...hehe
apa yea??
nk taw??
jom baca..

MyEm0.Com

sebenarnya perkataan "filateli" dikatakan mula-mula dicipta di Perancis pada 1864 oleh Georges Herpin.
Ia berasal daripada dua perkataan 
Greek: "philos" bermaksud kasih sayang dan "llateleiall" bermaksud tiada bayaran.
Asalnya filateli lebih terbatas kepada kajian label, mewakili bayaran untuk khidmat-khidmat pos. 
Dari sini, bidangnya diperluaskan dengan memasukkan koleksi setem pos, poskad, sampul surat, cap pos, dan bahan-bahan pos yang lain.
Ia tidak dapat diwujudkan semasa filateli baru bermula sebagai hobi kerana tidak ada dokumentasi yang diketahui. Bagaimanapun, ia dapat dipastikan bahawa filateli hanya bermula selepas setem pos diperkenalkan pada 1840.
Koleksi setem telah mengadaptasi satu pendekatan apabila album setem diperkenalkan.
Album pertama telah dikeluarkan di England pada tahun 1854. Oleh itu, apabila lebih banyak setem pos dapat diperoleh, hobi mengumpul setem menjadi lebih dikenali. Lebih ramai orang mula menunjukkan minat dalam hobi mengumpul setem, dan dari situlah lahirnya istilah filateli.
Ramai pengumpul setem yang serius muncul dan salah satu koleksi setem terbesar serta paling tua di dunia adalah kepunyaan DYMM Ratu England. DYTM Raja Muda Selangor juga dikatakan orang yang memiliki koleksi setem yang baik.
hehe..

 
Ini la FILATELI... ^_6

mawar  taw pun sebab mawar pegi ke muzium td..
cari benda2 baru...sambil tenangkan fikiran masa cuti -cuti..
sebenarnya semakin lama sekeping setem semakin berharga la nilainya..
macam juga duit lama..
ada antaranya nilai setem itu harga RM 0.10...setelah disimpan 20 hingga 30 tahun nilainya boleh mencecah hingga RM50 ke 80 sekeping..
bergantung kepada tarikh setem, belum atau telah digunakan..
kalau berserta sampul....nilai die boleh mencecah beratus2 ringgit..mahalkan
untung juga yea menggumpul setem..
boleh buat duit...hehe
Kalau kawan2 tak taw nk wat pe dgn setem meh bagi kt mawar...^_6


setem nie sekeping mencecah RM2.50..bayangkan harga sekeping pada 30tahun akan datang???



Tiada ulasan:

Catat Ulasan