Selasa, 22 Mac 2011

Senyum ^-6

bila hati di kawal nafsu
fikiran jadi tidak menentu
tapi pandai2 lah kawal diri
pandang kiri
pandang kanan
sebelum mahu berkata sesuatu
sebelum membuat sesuatu
manusia memang pandai berkata-kata
dan mereka akan sering berkata-kata
(gosip, mengumpat, menghina dengan pelbagai cara)
AWAS....


andai hati manusia telah diguris
sehingga
meninggalkan kesan yang amat dalam

maka
susah bagi kita untuk menyembuhkannya kembali..
rasa untuk memaafkan tu mungkin ada
tetapi untuk memberi ruang untuk sekian kali dan berkali2nya 
buat waktu seterusnya
amat sukar......
benarlah kata pepatah
buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali
(tapi kejahatan itulah yang sering manusia ulangi, lagi dan lagi)

dunia ini...

bukan tempat kita seorang.
kita perlu berkawan untuk bercakap,(berkongsi rasa, suka dan duka)
saling bantu membantu (kalau hidup untuk membatu,lebih baik jadi hiasan dinding)
perlu ada rasa sayang-hormat pada yang tua sayang pada yang muda ( bukan kurang ajar pada yang tua dan membuli orang muda)
saling bertolak ansur (berat sama dipikul, ringan sama dijinjing)

kerjasama itu penting
                                                         

1 ulasan:

  1. senyum..tak perlu kata apa2..lalala..apa yang penting kerjasama..lalala..setiap plakuan itu dihitung..ikhlaskan hati betulkan niat..insyallah..kita akan rasa indahnya hidup ini..

    BalasPadam